Sukan Dan Etika Di Dalam Islam






Islam Dan Sukan

Islam Menggalakkan Sukan Berdasarkan Nas-Nas Berikut:-


1) Islam Menggalakkan Umatnya Untuk Sihat Dan Kuat.


Firman Allah Swt:


“Dan Hendaklah Kamu Bersedia Untuk Berjihad Semampu Mungkin Dengan Menghasilkan Kekuatan…” (60 : Al-Anfal)

2. Al-Quran Memuji Tubuh Badan Yang Gagah Dan Menganggapnya Sebagai Suatu Kelebihan.


Firman Allah Swt:


“Dan Allah Telah Menambahkan Kekuatan Ilmu Dan Tubuh Badan Pada Diri Talut.” (247 : Al-Baqarah)

3) Orang Yang Kuat Tubuh Badannya Lebih Di Sukai Oleh Allah. Nabi Saw Bersabda Dengan Maksudnya:


“Orang Beriman Yang Kuat Lebih Baik Dan Lebih Di Sukai Oleh Allah Dari Orang Beriman Yang Lemah. Kedua-Duanya Ada Kebaikan.” (Hr Muslim –Sahih)


4) Nabi Saw Menyertai Permainan Dan Sukan Yang Di Mainkan Sahabat-Sahabatnya. Ini Jelas Dari Hadis Yang Bermaksud:

“Nabi Saw Lalu Sekumpulan Sahabat Yang Sedang Memanah. Nabi Saw Bersabda “ Memanahlah Hai Bani Ismail, Sesungguhnya Datuk Kamu Nabi Ismail As Adalah Pemanah. Memanahlah Dan Aku Bersama Bani Fulan (Salah Satu Kumpulan Pemanah). Lalu Kumpulan Yang Satu Lagi Berhenti Memanah. Rasulullah Saw Bertanya “ Kenapa Kamu Tidak Memanah?” Bagaimana Kami Hendak Memanah Sedangkan Kamu Bersama Mereka?” Nabi Saw Menjawab “Memanahlah, Aku Bersama Kamu Semua.” (Hr Bukhari – Sahih)

5) Nabi Saw Telah Bersukan Dengan Isterinya Aisyah Ra. Aisyah Ra Telah Meriwayatkan Hadis Yang Bermaksud:


"Suatu Ketika Aisyah Bersama Nabi Saw Dalam Permusafiran. Aisyah Berkata “Aku Berlumba Lari Dengannya Dan Aku Dapat Mengalahkannya. Setelah Mana Aku Berisi, Aku Berlumba Lari Sekali Lagi Dan Baginda Dapat Mengalahkanku.” Nabi Saw Bersabda “Kemenangan Kali Ini Membalas Kekalahan Yang Lepas.” (Hr Abu Daud)


6) Nabi Saw Menggalakkan Sahabat-Sahabatnya Bermain Dan Menonton Permainan Mereka Bersama Aisyah Ra. Ini Jelas Dari Hadis Berikut Yang Diriwayat Oleh Aisyah Ra Yang Bermaksud:


“Sesungguhnya Aku Telah Melihat Nabi Saw Menutupiku Dengan Kain Selendangnya Dan Aku Sedang Melihat Orang-Orang Habsyah Yang Bermain Di Masjid Sehingga Aku Membuatnya Jemu.” (Hr Bukhari Dan Muslim)


Etika Sukan Dalam Islam

1. Permainan Tersebut Hendaklah Yang Di Benarkan Syara’. Permainan Yang Haram Adalah Seperti Melaga-Lagakan Binatang Kerana Nabi Saw Menegah Dari Melaga-Lagakan Binatang. (Hr Abu Daud – Daif).

2. Pakaian Yang Di Gunakan Hendaklah Menutup Aurat. Bagi Wanita Hendaklah Pakaian Tersebut Tidak Ketat Sehingga Menampakkan Tubuh Badan Dan Tidak Jarang.

3. Tidak Ada Perjudian Dalam Permainan. Setiap Peserta Mengeluarkan Duit Untuk Di Beri Hadiah Kepada Pemenangnya Adalah Diharamkan.

4. Tidak Melalaikan Sehingga Menyebabkan Meninggalkan Benda Yang Wajib Seperti Kewajipan Solat. Firman Allah Swt:

“Dan Celaka Bagi Orang Yang Lalai Dari Melakukan Solatnya (Sehingga Solat Diluar Waktu.” (4 : Al-Ma’un)

5. Tidak Ada Perkara Yang Membahayakan Diri Sendiri Dan Manusia Lain. Nabi Saw Telah Bersabda Dengan Maksudnya:


“Tidak Boleh Melakukan Perkara Yang Memudaratkan Diri Kamu Dan Orang Lain.” (Hr Ibnu Majah Dan Ahmad – Sahih)


6. Tidak Ada Percampuran Lelaki Perempuan Yang Di Larang. Percampuran Yang Di Larang Adalah Yang Ada Sentuhan Lelaki Dan Perempuan. Nabi Saw Bersabda Dengan Maksudnya:


“Di Cucuk Kepala Seseorang Dengan Jarum Besi Lebih Baik Dari Dia Menyentuh Wanita Yang Tidak Halal Baginya.” (Hr Tabrani)


7. Sukan Wanita Yang Boleh Membawa Fitnah Kepada Lelaki Seperti Berenang Hendaklah Tidak Di Tonton Oleh Lelaki Samada Secara Langsung Atau Pun Tidak. Dr Yusuf Qardawi Menyatakan:

“Permainan Yang Di Lakukan Wanita Seumpama Berenang, Gimnastik, Luncur Ais, Tarian Ballet, Lumba Lari, Lompat Jauh Dan Sebagainya, Harus Di Adakan Sesama Wanita Dengan Syarat2nya. Tidak Ada Lelaki Yang Bukan Mahram Melihat Sukan Wanita Seumpama Ini. Oleh Kerana Itu Sukan-Sukan Wanita Seumpama Berenang, Gimnastik Dan Seumpama Dengannya Haram Di Siarkan Dan Di Tonton Oleh Lelaki Yang Bukan Mahram.”

Rujukan: 
Sofwatut Tafasir Oleh Sobuni, Mausu’ah At-Tibbiah Al-Feqhian Oleh Dr Ahmad Kan3an, Feqhul Lahwi Wat Tarwih Dan Al-Halal Wal Haram Oleh Dr Yusuf Qardawi Dan Al-Al’ab Ar-Riadiah Ahkamuha Wa Dawabituha Fil Feghil Islami Oleh Ali Husein Amin.



0 comments:

Designer The Basyer Published By The Basyer