Sejarah kawasan Melawi, Bachok menurut cerita orang-orang lama tempatan di sini, nama Melawi berasal daripada seorang pendekar
yang mempunyai ilmu persilatan dan kebatinan yang sangat tinggi
lagaknya. Beliau yang berketurunan pahlawan diraja dikatakan datang dari
sebuah wilayah di Indonesia yang dikenali sebagai Kabupaten (Wilayah)
Melawi.
Kabupaten Melawi ini wujud hasil pertemuan 3 batang sungai iaitu Sungai Kayan, Sungai Melawi dan Sungai Pinoh. Wujud pertelingkahan kuasa antara para pembesar di situ kerana masing-masing dipengaruhi oleh sifat tamak haloba hasil godaan Syaitan Laknatullah. Bagaimanapun pendekar ini tidak mahu campur tangan dalam perebutan tersebut dan membawa haluan sendiri ke tempat lain yang dikenali dengan nama Melawi seperti sekarang ini.
Koleksi Akhbar [http://tinyurl.com/6w7bt6l]
Antara kampung-kampung yang berdekatan dengan Melawi ialah Kampung Rekang, Kampung Cabang 3 Melawi, Kampung Badak, Kampung Changgong, Kampung Tangok, Kampung Repek dan Kampung Cherang Sepulai.
Jalan-jalan yang perlu dilalui untuk ke Melawi ialah seperti berikut:
* Dari Kuala Terengganu - Besut - Tok Bali - Kandis - Cabang 3 Melawi
* Dari Kota Bharu - Kubang Kerian - Binjai - Beris Kubor Besar - Bandar Bachok - Cabang 3 Melawi
* Dari Pasir Puteh - Selising - Bukit Tanah - Ketereh - Melor - Gunong - Jelawat - Cabang 3 Melawi

0 comments: